Monday 12 March 2012

Kesalahan ejaan

http://kitaberbahasa.blogspot.com/2008/06/kesalahan-ejaan.html

Soal Jawab Bahasa.

Kata
Dalam bahasa Melayu, terdapat empat jenis kata yang paling asas,iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata tugas. Kebanyakan murid dapat mengenal kata-kata tersebut secara umum. Mereka tidak dapat membuktikan sesuatu jenis kata itu secara saintifik samada kata nama, kata kerja, kata adjektif, atau kata tugas. Terdapat beberapa petua yang dapat kita gunakan untuk mengenal dan membezakan jenis kata.
Apakah yang dimaksudkan kata nama? Bagaimanakah kita dapat mengenal kata nama/ Kata nama ialah kata yang menamakan orang,tempat atau benda. Satu daripada cara untuk mengenal pasti sama ada sesuatu kata itu ialah kata nama atau bukan kata nama,ujilah kata tersebut dengan meletakan kata bilangan dihadapannya. Contoh:
lima buah rumah,lima orang guru,lima buah buku
Tegasnya, rumah,guru dan buku merupakan kata nama kerana kata ini dapat disertai oleh kata bilangan.

Friday 8 July 2011

Sinopsis ICT dalam Bahasa Melayu

Sinopsis
BAHASA MELAYU DALAM ERA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)
Penekanan terhadap ICT di era globalisasi dan liberalisasi bermakna penggunaan Bahasa Inggeris menjadi semakin penting dan tidak dapat dielakkan oleh masyarakat dunia. Era ICT telah menunjukkan Bahasa Inggeris mengiringi kelahiran pertama Internet dunia di Amerika Syarikat dan seterusnya diikuti dengan pengeluar perisian dan perkakasan komputer seperti Microsoft, Dell dan Hewlett-Packard yang semuanya diasaskan oleh mereka yang berbahasa Inggeris. Perubahan persekitaran ini menimbulkan persoalan sama ada mampukan Bahasa Melayu digunakan di dalam era ICT sebagai bahasa perantaraan alternatif untuk dimanfaatkan oleh masyarakat bahasanya? Mampukah pengiat-pengiat Bahasa Melayu menggunakan ICT sebagai alat penyelidikan, perkakasan, perisian dan aplikasi untuk pembangunan Bahasa Melayu?
http://wwwtechvoice.blogspot.com/2009/09/bahasa.html

Sambutan Hari Guru SKP

                                             Pentadbir SK Pendang

                                                            

Thursday 7 July 2011

Hari keluarga SK Pendang di Chalet Puteri Ayu,Yan.

Kacip fatimah

Kacip fatimah ialah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia, dan nama botaninya ialah Labisia pumila. Dalam kegunaan tradisional, kacip fatimah digunakan untuk mengekalkan sistem pembiakan yang baik bagi wanita, untuk mengetatkan dan melincirkan serta meningkatkan fungsi seksual seperti tongkat ali.

Penanaman

Kacip fatimah biasanya didapati di kawasan yang bercangkat rendah, di kawasan berair dan ia boleh dibiak menggunakan biji benih.

Kegunaan

 Air rebusan kacip fatimah terutama bahagian akarnya diminum untuk tujuan rawatan. Dalam perubatan tradisional masyarakat Melayu, penggunaan kacip fatimah terkenal dalam merawat wanita yang baru lepas bersalin. Selain daripada itu juga, keseluruhan pokok ini juga boleh dijadikan debu dan digunakan untuk rawatan buasir dengan cara menyapu pada bahagian buasir yang keluar. Ia juga digunakan untuk mengubati sakit dalam tulang dan meroyan.

Tongkat ali

Tongkat ali atau juga dikenali sebagai pasak bumi adalah sejenis tanaman saka yang terdapat di hutan Malaysia dan Indonesia. Nama botaninya ialah Eurycoma longifolia daripada famili Simaraubaceae. Tongkat ali juga dikenali sebagai penawar pahit, bedara pahit, bedara putih, bedara merah, hempedu pahit, payung ali, tongkat baginda, muntah bumi, petala bumi, akar jangat semang, tongkat rasul, dan setunjang bumi.[1]
Tongkat ali merupakan sejenis tumbuhan yang dikatakan mempunyai bahan bagi membantu lelaki yang menghadapi masalah syahwat.
Tongkat ali boleh mencapai ketinggian sehingga 10 meter di dalam rimbunan hutan tanah rendah. Biasanya, daunnya rimbun pada hujung batang. Kebanyakan pokok ini tidak bercabang. Jikapun bercabang, ia terlalu sedikit, iaitu satu atau dua cabang sahaja. Bunganya tersusun padat pada tangkai yang bercabang keluar dari pangkal daun.

Penanaman

Tongkat ali merupakan tumbuhan yang bersifat panjang dan tinggi serta tumbuh menegak tanpa cabang. Tongkat ali yang hidup liar selama berjuta tahun di hutan hujan tropika, memerlukan beberapa tahun untuk mencapai diameter batang pokok sebesar 6 inci.
Dalam keadaan semula jadinya di hutan, tongkat ali tumbuh dengan kadar yang perlahan dan boleh mencapai ketinggian sehingga 15 m dengan garis pusat batang berukuran 20 cm. Daunnya berbentuk bujur dengan kelebaran di antara dua cm dan tiga cm, dan panjang di antara lapan cm dan 10 cm. Daunnya tersusun secara berpasangan pada satu tangkai dengan panjang hingga 100 cm. Terdapat 20–30 pasang anak daun bagi setiap tangkai daun yang tersusun secara pilin, sama ada mengikut pusingan jam atau melawan pusingan pada paksi batang.

Kegunaan

Tongkat ali terkenal kerana mempunyai kesan afrodisiak (penggalak seks). Secara tradisi, tongkat ali digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit dan meningkatkan kesihatan termasuk pening kepala, kurap, disentri, bengkak, antitumor, antiradang dan antioksida. Eurikomanone, eurikomalaktone dan eurikomanol (quassinoids) yang banyak terdapat dalam akarnya merupakan kandungan kimia penting industri. Penyelidikan menunjukkan bahawa bahan kimia (fitokimia) yang terdapat dalam tongkat ali boleh meningkatkan paras testosteron iaitu hormon yang diperlukan untuk fungsi seksual lelaki.[2]
British Journal of Sports Medicine pernah menerbitkan keputusan kajian saintifik pada 2003, yang menunjukkan Eurycoma longifolia mengakibatkan peningkatan saiz dan kuasa otot berbanding placebo. Ini mungkin menunjukkan ciri-ciri anabolik pada tongkat ali. Bagaimanapun, kajian lanjut diperlukan. Sesetengah atlet dan bina badan kini menggunakan hasilan tongkat ali dengan harapan ia akan bertindak sebagai penguat testosterone, bagi meningkatkan saiz otot dan prestasi tanpa dadah.
Tongkat ali dijual dalam pelbagai ratio hasilan, dengan 20:1, dan 100:1. Secara tradisi hasilan tongkat ali diambil dengan menggunakan air dan bukannya ethanol. Laporan toxikologi telah membuktikan bahawa tongkat ali hasilan air adalah selamat. Sesetengah pengilang mungkin memilih bagi menggunakan ethanol bagi menghasilkan lebih banyak sebatian aktif. Bagaimanapun, jika pengilang mendakwa menghasilkan lebih 200:1 hasilan, pastikan anda meminta laporan toxikologi untuk memastikan ia selamat digunakan.
Sebatian aktif dalam tongkat ali adalah Glyco Saponins dan Eurypeptides. Eurypeptides adalah rantaian besar asid amino yang bertanggungjawab bagi kesan peningkatan testosterone dalam tongkat ali. Ia juga penting bagi mengesahkan jika hasilan tongkat ali mengandungi tambahan maltodextrine atau sebarang pengisi lain. Sesetengah syarikat mungkin menambah sehingga 75% pengisi dan hanya 25% hasilan sebenar.
Menerusi kemajuan teknologi dan kajian saintifik, kini tongkat ali digunakan sebagai antara bahan utama di dalam pelbagai produk minuman, terutama kopi. Herba ini juga banyak dipasarkan dalam bentuk kapsul.