Thursday 7 July 2011

Kacip fatimah

Kacip fatimah ialah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia, dan nama botaninya ialah Labisia pumila. Dalam kegunaan tradisional, kacip fatimah digunakan untuk mengekalkan sistem pembiakan yang baik bagi wanita, untuk mengetatkan dan melincirkan serta meningkatkan fungsi seksual seperti tongkat ali.

Penanaman

Kacip fatimah biasanya didapati di kawasan yang bercangkat rendah, di kawasan berair dan ia boleh dibiak menggunakan biji benih.

Kegunaan

 Air rebusan kacip fatimah terutama bahagian akarnya diminum untuk tujuan rawatan. Dalam perubatan tradisional masyarakat Melayu, penggunaan kacip fatimah terkenal dalam merawat wanita yang baru lepas bersalin. Selain daripada itu juga, keseluruhan pokok ini juga boleh dijadikan debu dan digunakan untuk rawatan buasir dengan cara menyapu pada bahagian buasir yang keluar. Ia juga digunakan untuk mengubati sakit dalam tulang dan meroyan.

21 comments:

  1. Khasiat khazanah alam memang tidak boleh dinafikan lagi...itulah anugerah Tuhan!

    ReplyDelete
  2. wow!!! banyak petua ni.... info yang menarik...

    ReplyDelete
  3. Senang... bila cikgu nak cari ubat lepas bersalin nanti.La ni ubat semuanya mahal.Padahal ada disekitar kita je cikgu.

    ReplyDelete
  4. Berminat dengan pokok-pokok herba nampaknya ya...

    ReplyDelete
  5. Minat cikgu watie.Klaw x de kerja selalu p kat hutan cari akar kayu untuk kegunaan sendiri.

    ReplyDelete
  6. Oo ada juga peminat tanaman herba. bole jadi geng.Saya banyak tanam mas cotek dan misai kucing. Bagus.....

    ReplyDelete
  7. Mas cotek ada 2 jenis.Daun lebar untuk wanita dan daun kecil untuk lelaki.Kedua-dua bagus khasiatnya.

    ReplyDelete
  8. wah, blh buat bisnes, ok jg kalau ada jualan cam ni sebulan sekali kat uum.

    ReplyDelete
  9. Amboi..ckgu Nazri pandai no daun kecik besaq,ada amal makan ni kot..

    ReplyDelete
  10. Dulu-dulu ,semasa dok ngajar kat Pahang (pedalaman) selalu la p cari akar kayu ngan orang tua-tua.

    ReplyDelete
  11. x boleh jual C Noreijah kat UUM sb nanti depa nak balik awal plak.

    ReplyDelete
  12. Buat ubat ke? Ubat tak payah baca buku tapi boleh jawab soalan ada ke. Apa pun blog cantik

    ReplyDelete
  13. Mak..Oii.. dah serupa macam toke ubat tradisional pulak dah.. aih..

    ReplyDelete
  14. Walau pun diri mu.. ku baru kenal....tetapi cincin yang kauooo pakai totop membuat ku kenal siapa diri mu..pencinta Khazanah Alam...Raja Rimba...

    ReplyDelete
  15. Ubat nak terang hati senang je c Asmahan.Beli lampu picit,nyalakan dan telan.Baru hati jd terang.

    ReplyDelete
  16. Zaman sekarang payah nak cari pencinta khazanah alam.Tahniah kerana rupa-rupanya ada sedang belajar kat UUM.Pencen nanti dapat le profesion baru sebagai pengusaha ubat tradisional.

    ReplyDelete
  17. pencinta alam yang tau khazanah dan rahsia perubatan tradisional.pasni bleh bk kiosk kat UUM. time pesta konvo mesti lumayan.

    ReplyDelete
  18. Ha ha ha jadi jangan x jadi.Terima kasih

    ReplyDelete
  19. wah hebat la BE ni...pasi ubat2 tradisional tera betoi...boleh jadi bomo ni...tak pun bisnes mlm juai ubat2 ni...

    ReplyDelete
  20. Bomoh x leh la c Norani tp boh mau x pa la sebab cepat kaya sikit.

    ReplyDelete
  21. lagi info tentang kacip fatimah di SIHAT SELALU - Kacip Fatimah Untuk Awet Muda

    ReplyDelete